ALAF CORRIDOR TRADING & SERVICES (CA0096696-T) ditubuhkan atas keinginan bagi merealisasikan wawasan kerajaan untuk meningkatkan lagi penglibatan dan penguasaan Bumiputra dalam bidang perniagaan. Ini bertitik tolak atas keyakinan kami untuk bersaing bersama-sama dengan peneraju yang sedia ada dalam bidang-bidang yang diceburi.


Walaupun usia pengoperasian syarikat ini masih “muda”, tetapi syarikat ini sentiasa memberi komitmen penuh dalam perkhidmatan yang disediakan. Komitmen kami bersandarkan tenaga pekerja mahir yang dimiliki oleh syarikat ini.

ALAF CORRIDOR TRADING & SERVICES (CA0096696-T) menjalankan perniagaan dan perkhidmatan berikut:-

PERKHIDMATAN

Fumigasi

Kawalan Serangga / Anti Termite Bangunan

Mencuci Bangunan

Membersih Kawasan

Mengangkat Sampah

Sewaan Peralatan Hygiene dan Sanitary

Penyelenggaraan Alat Kebombaan / Pemadam Api

Penyelenggaraan Alat Hawa Dingin

PEMBEKALAN BARANGAN

Alatulis

Perabut / Mesin-mesin Pejabat

Kelengkapan Makmal / Bengkel

Alat / Sistem Cegah Kebakaran

Pakaian / Alat Penyelamat

Sesungguhnya, syarikat ini berazam dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sejajar dengan itu, adalah dijangkakan ALAF CORRIDOR TRADING & SERVICES (CA0096696-T) akan menambahkan lagi produktiviti dan perkhidmatan berkualiti syarikat memandangkan tawaran dan permintaan yang menggalakkan diterima daripada Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Swasta dan juga orang perseorangan.

Motto syarikat ini ialah “Progresif, Kualiti, Responsif” yang menjadi sandaran dan petunjuk bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kami dan untuk itu, syarikat ini akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s