*Maklumat ini disalin daripada internet

Adalah penting untuk anda tidak panik dan membuat keputusan secara terburu-buru sebelum anda mempunyai semua maklumat terlebih dahulu.

Langkah pertama adalah elakkan tekanan jualan dan ambil masa untuk memahami semua jenis pilihan yang anda ada. Terdapat beberapa cara untuk rawatan anai-anai. Anda perlu kritikal dengan apa yang anda dengar, membaca sebanyak yang mampu, tapis segala maklumat yang anda peroleh dan membuat keputusan yang terbaik untuk situasi anda. Rumah anda mungkin perlu diperiksa oleh pakar. Akan tetapi, anda mungkin akan dipujuk oleh orang yang memeriksa rumah anda kerana ini adalah peluang untuk mereka membuat jualan. Pemeriksa tersebut akan cuba untuk mencari sebarang bukti kehadiran anai-anai seperti anai anai hidup, laluan anai-anai ataupun kerosakan yang berpunca daripada anai-anai.

Justeru, Anda perlu mengumpul maklumat yang penting samada ingin merawat kediaman anda ataupun tidak. Berikut adalah perincian yang penting:

1) Cari anai-anai hidup pada perabot yang berasaskan kayu

2) Fahami cara syarikat yang akan merawat kediaman anda

3) Siasat pengalaman orang yang akan merawat kediaman anda

4) Lihat jika harga yang dikenakan kepada anda berpatutan atau tidak bergantung pada saiz rumah anda.

Yang lebih penting, anda patut memilih syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dan warranti jika terdapat masalah ketika rawatan.

Pemeriksaan. Minta 4-5 syarikat kawalan serangga yang berlainan untuk memeriksa kediaman anda, minta juga mereka untuk memberikan anggaran harga kepada anda. Kebiasaannya pemeriksaan adalah percuma. Pastikan anda mendapat jawapan bagi setiap persoalan berikut.

1. dimana anai-anai hidup ditemui?

2. berapa teruk kerosakan akibat anai-anai?

3. kerosakan tersebut lama atau baru?

4. adakah kediaman anda pernah dirawat?

5. apakah bukti kerosakan yang wujud?

Kami (Usahawan Kawalan Serangga) secara umumnya mengesyorkan rawatan dilakukan jika terdapat anai-anai hidup didalam rumah. Walaubagaimanapun, anda perlu faham bahawa untuk mencari anai-anai yang tersembunyi amatlah sukar. Anda perlu membaca klaus yang menunjukkan bahawa pemeriksa tidak bertanggungjawab jika anai-anai tidak ditemui.

Masa rawatan. Dalam kes real estate, anda perlu mengambil kira masa jaminan rawatan sebelum meminjam atau menyewa tapak yang dijangkiti anai-anai kepada pihak ketiga.

Proses membida. Untuk memilih syarikat kawalan serangga yang terbaik, anda disarankan untuk mempertimbangkan perkara yang berikut:

1. bahan kimia apa yang digunakan?

2. kuantiti bahan kimia yang digunakan dan berapa dalam ia diletak dalam tanah

3. bagaimana dan dimana lubang akan digerudi?

4. apakah teknik yang diguakan di kawasan tertutup? (Contoh: di bawah tangga)

5. berapa banyak tempat yang tidak boleh dirawat?

6. bagaimana lubang akan ditutup?

Perihal persekitaran dan keselamatan

Anda juga patut memilih jenis rawatan yang paling selamat untuk anda dan keluarga anda.

Rujukan dan Kelayakan. Minta syarikat kawalan serangga untuk memberikan rujukan kepada anda. Minta rujukan pelanggan yang pernah mendapatkan rawatan daripada mereka pada sekurang-kurangnya tahun lalu. Anda juga harus faham jika syarikat merahsiakan nama nombor telefon pelanggan mereka. Jangan terlalu memaksa.

Apakah kelayakan juruteknik yang akan membuat rawatan di kediaman anda? Dalam kebanyakan kes, orang yang berjumpa dengan anda semasa memberikan tawaran harga bukanlah orang yang sama yang akan merawat kediaman anda. Yang paling utama sekali, anda harus tahu konsistensi juruteknik mereka. Adakah mereka juruteknik berpengalaman atau juruteknik baru.

Mengapa Kos Rawatan Adalah Tinggi?

Strategi rawatan adalah untuk mewujudkan satu rintangan yang melindungi kediaman anda daripada anai-anai. Oleh itu, untuk rawatan yang efisyen, bahan kimia perlu dimasukkan kedalam tanah disekeliling kediaman anda.

Membuat keputusan.

Untuk memastikan anda menerima kaedah rawatan yang betul, lihat dan pantau cara juruteknik membuat rawatan, pastikan cara kerja mereka sama seperti yang dijanjikan.

Waranti

Sebelum anda menandatangani sesuatu dokumen, pastikan anda telah membaca dan memahami isi kandungannya. Anda boleh menganggap waranti lebih kurang sama dengan insuran anai-anai. Syarikat tersebut mungkin menawarkan jaminan selama setahun dan fi tambahan yang kebiasaannya 1/10 daripada caj rawatan.

Insuran

Adakah anda akan merawat seluruh kediaman anda atau rawatan khusus pada tempat yang dijangkiti anai-anai sahaja. Jika anda ingin merawat tempat tertentu, mungkin ianya tidak berbaloi kerana anai-anai boleh menyerang bahagian lain.

Ekonomi dengan menggunakan umpan

Penggunaan umpan kebiasaannya agak mahal seperti rawatan penggerudian.

Sudah tentu anda akan melihat bahawa tiada bahan kimia yang mahal digunakan, tetapi anda akan menanggung kos kajian dan pembangunan untuk mencipta umpan anai-anai. Pihak syarikat mungkin terpaksa menghabiskan sejumlah wang untuk melatih juruteknik mereka untuk mengendalikan sistem pengumpanan tersebut.

Sebab itu rawatan pengumpanan agak mahal.

Waranti/ Insuran bagi rawatan pengumpanan

Sesetengah syarikat mungkin menawarkan jaminan kerosakan perabot kayu kepada anda. Masalah dengan jaminan seperti ini adalah anda tidak mungkin dapat membuktikan bahawa terdapat kerosakan baru akibat anai-anai melainkan anda mempunyai dokumen pakar tentang rekod saiz kerosakan sebelum rawatan pengumpanan ataupun rumah yang baru siap dibina.

Berhati-hati dengan jaminan seperti ini, anda harus faham dengan maksud tersiratnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s