KENAPA MASALAH INI PERLU DIKAWAL?

Masalah utama yang disebabkan oleh burung merpati ialah masalah penyakit yang disebabkan oleh najis burung. Terdapat lebih 60 penyakit berjangkit yang boleh disebabkan oleh najis burung (terutamanya najis burung merpati) dan ada di antaranya boleh menyebabkan kematian seperti Ornithosis (Pittacosis) dan Weil, Candidiasis, Cryptococcosis, St. Louis Enchephalitis dan Salmonellosis.

Masalah kedua ialah masalah bawaan burung itu sendiri. Contoh yang paling dikenali ialah Penyakit Selsema Burung yang telah mengorbankan ramai orang baru-baru ini.

Burung juga menyebabkan masalah pepijat (Bed-Bugs – Cimex Lectularius) atau hama (Chicken Mite – Darmanyssus Gallinea) dan pembiakan parasit (Yellow Meal Worms – Tenebrio Molitor) serta serangga perosak seperti lipas, tikus dan sebagainya.

Selain itu, burung menyebabkan masalah kekotoran di kawasan tenggekan dan kerumunan dan pencemaran bau. Tahi burung adalah jenis kotoran berasid dan boleh menyebabkan kerosakan peralatan dan peningkatan kos penyelenggaraan.

Pihak berkuasa juga boleh bertindak ke atas lokasi-lokasi yang mempunyai masalah burung dan mungkin tindakan undang-undang akan diambil.

Di sesetengah tempat, terdapat binatang pemangsa seperti ular dan lain-lain ditemui mencari makanan di kawasan yang menjadi kawasan pembiakan burung

CADANGAN KAWALAN

Kami mencadangkan supaya satu kaedah KAWALAN SECARA BERSEPADU DENGAN GABUNGAN BEBERAPA JENIS HALANGAN di lokasi ini.

Kawasan Cucur Atap Bumbung

 

  1. Memasang halangan berbentuk jaring (nylon atau besi) di semua kawasan yang dikenalpasti sebagai pintu masuk burung merpati ke dalam bangunan. Jaring yang sedang dipasang haruslah berupaya menutup semua tempat yang berpotensi menjadi laluan masuk burung.
  2. Di kawasan tenggekan seperti rabung, paip air hujan, ‘gutter’ dan ‘ledges’, ‘spike’ besi atau ‘bird wire’ akan dipasang bagi menghalang burung merpati hinggap dan cuba untuk masuk semula ke dalam bangunan.
  3. Memasang penghalang burung berbentuk ‘Spike’ atau   ‘Bird Wire’ di palang besi di atas bumbung bagi mengelakkan burung hinggap dan terus mengotorkan kawasan tersebut.
  4. Sekiranya perlu, gel penghalau burung jenis ‘Coldfeet’ akan digunakan.

 

PRA-SYARAT KAWALAN BURUNG

KEBERSIHAN

Sebelum sebarang aktiviti kawalan burung dilaksanakan, kawasan tersebut hendaklah dipastikan BERSIH SEPENUHNYA daripada najis burung atau petanda-petanda lain yang boleh menarik semula burung ke tempat tersebut.

Sarang burung, anak-anak burung, bangkai burung, najis burung dan bau burung perlu dipastikan telah dibersihkan sepenuhnya. Begitu juga kawasan perlu dibersihkan dari punca-punca makanan, sampah, ranting kayu, daun-daun dan apa-apa saja yang boleh menyebabkan burung kembali semula ke lokasi terebut.

Perlulah dijelaskan disini, pembersihan rutin yang dilaksanakan MUNGKIN belum mencukupi untuk dikategorikan sebagai BERSIH SEPENUHNYA.Pihak kami bersedia untuk memberi khidmat nasihat sehingga pihak pembersihan menepati kehendak kebersihan yang diperlukan.


About these ads

One response »

  1. Armizan Muhamad berkata:

    Saya perlukan bantuan untuk mengatasi masalah burung yang menginap di kawasan tempat kerja.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi melalui emel atau panggilan telefon no. 0197346779.

    Terima kasih.

    • Muhammad Qayyum berkata:

      Salam En Armizan,

      Terima kasih kerana minat Tuan kepada perkhidmatan kami.

      Kami akan berhubung dengan Tuan dengan kadar segera.

      Walaubagaimanapun, pihak Tuan boleh membantu kami dengan memberi maklumat yang lebih lengkap seperti berikut:-

      1. Jenis burung
      2. Jenis Masalah
      3. Lokasi
      4. Jenis Bangunan/Berapa Tingkat/Keluasan

      Terima kasih.

      Yusof

  2. Ahmad Badri berkata:

    Salam,
    Syarikat saya ada menghadapi masalah burung gembala kerbau yang banyak bertapak(tidur) di tempat kerja.Jadi saya ingin merdapatkan seberapa banyak info tentang cara pihak tuan buleh mengatasi masalah tersebut.

  3. faris berkata:

    bagaimana pula dengan kawalan kelawar di bumbung rumah??

    • Coordinator berkata:

      Salam Tuan,
      adakalanya cara kawalan adalah sama. Kami akan mencadangkan kepada Tuan beberapa kaedah biasa. Walaubagaimanapun, kaedah terbaik
      Terima kasih kerana menghubungi kami.

      Masalah kelawar agak berbeza berbanding masalah burung walaupun hanya dapat ditentukan selepas pemeriksaan terperinci di lokasi sebenar.

      Terima kasih sekali lagi.Yusof

      CADANGAN

      Bagi mencegah kelawar dari menghinggapi kawasan yang tersebut ada beberapa kaedah yang dapat di gunapakai bagi menyelesaikan masalah berikut. Bagaimanapun kami hanya menyatakan kaedah yang sesuai di gunakan untuk klinik dan rumah kakitangan Pejabat Kesihatan Rompin.

      1. Menggunakan Gel Penghindar

      Gel tersebut akan melekat pada kaki dan sayap kelawar. Kelawar yang terkena pada gel tersebut seterusnya akan menjauhi kawasan tersebut. Gel tersebut juga tiada toksid dan tidak beracun pada kelawar dan tidak akan membunuh kelawar tersebut. Jangkamasa ketahanan gel adalah dalam lingkungan 6 bulan ke setahun.

      2. Kaedah Mengubahsuai .

      Rekahan yang ada pada rangka bumbung tersebut telah membolehkan kelawar untuk menghinggapi kawasan tersebut. Pengubahsuaian dengan menggunakan papan asbestos pada rangka dan bawah bumbung akan mencegah kelawar dari menghinggapi kawasan tersebut untuk jangka panjang. Papan asbestos akan di potong bersesuaian saiz rangka tersebut. Kepingan tersebut akan di lekatkan (menutup) pada kedua-dua sisi rangka tersebut menggunakan skru. Penggerudian pada rangka adalah perlu bagi tujuan pemasangan skru dan sebagainya.

      Atau kaedah ubahsuai menggunakan dawai mata punai di sekeliling rangka kayu penyokong bumbung serta mana-mana lubang yang terdapat di sekitar luar dan dalam bumbung.

      Pembersihan seperti mengeluarkan najis kelawar dan penyemburan bahan kimia akan dilaksanakan untuk membunuh makhluk perosak seperti hama-hama.

  4. nasuro berkata:

    Ada atau tidak syarikat atau org persendirian yang boleh sewakan burung pemangsa (cth: helang) untuk mengawal merpati di bangunan-bangunan?

  5. nasuro berkata:

    Bangunan 2 hingga 9 tingkat. ada 4 blok yg melebihi ketinggian 7 tingkat.
    lokasi sg petani, kedah.

  6. Coordinator berkata:

    Salam Tuan,

    Saya mencadangkan beberapa teknik kawalan. Walaubagaimanapun, teknik terbaik hanya dapat ditentukan selepas pihak kami menjalankan kajian terperinci di lokasi sebenar.

    Terima kasih.

    CADANGAN KAWALAN

    Kami mencadangkan supaya satu kaedah KAWALAN SECARA BERSEPADU DENGAN GABUNGAN BEBERAPA JENIS HALANGAN di lokasi ini.

    Kawasan Tenggekan Dan Rabung Bumbung

    a) Memasang penghalang burung berbentuk ‘Bird Wire’ atau ‘Spike’ di atas bumbung dan kawasan tenggekan bagi mengelakkan burung hinggap dan terus mengotorkan kawasan tersebut.

    b) Memasang satu unit alat yang mengeluarkan bunyi penghalau burung (Ultra Son X) di kawasan kerumunan. Alat ini boleh dikawal frekuensinya bagi mengelakkan burung menjadi ‘kebal’ terhadap bunyi yang dikeluarkan. Pihak pengeluar memberi jaminan terhad selama satu tahun bagi alat ini.

    KEBERSIHAN

    Sebelum sebarang aktiviti kawalan burung dilaksanakan, kawasan tersebut hendaklah dipastikan bersih daripada najis burung atau petanda-petanda lain yang boleh menarik semula burung ke tempat tersebut. Sarang burung, anak-anak burung, bangkai burung, dan bau burung perlu dipastikan telah dibersihkan . Begitu juga kawasan perlu dibersihkan dari punca-punca makanan, sampah, ranting kayu, daun-daun dan apa-apa saja yang boleh menyebabkan burung kembali semula ke lokasi terebut.

  7. Wan berkata:

    Assalamualaikum,
    Saya ada menghadapi masalah burung merpati yang bersarang di atas syiling rumah (rumah teres 2 tingkat ‘End Lot’). Jadi saya ingin mendapatkan khidmat pihak tuan untuk mengatasi masalah tersebut. Saya amat menghargai sekiranya pihak tuan dapat memberikan beberapa tips atau langkah kawalan sementara bagi masalah yang saya utarakan ini. Sekian terima kasih.

    • Coordinator berkata:

      Wsalam….

      Terima kasih atas sokongan tuan kepada Alaf Corridor. Kami boleh membantu anda menyelesaikan kemusykilan anda. Walaubagaimanapun, sila nyatakan lokasi tuan untuk memudahkan kami memberikan penerangan dengan lebih tepat.

      • Wan berkata:

        Assalamualaikum..terima kasih kerana memberi response kepada soalan saya berkaitan burung merpati..untuk makluman pihak tuan, saya menetap di Pasir Gudang (taman scientex)..

        Terima kasih..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s