Arkib

Archive for April 2009

Masalah Burung : Kenapa Ia Perlu Di Kawal?

 

KENAPA MASALAH INI PERLU DIKAWAL DENGAN ?

 

Masalah utama yang disebabkan oleh burung merpati ialah masalah penyakit yang disebabkan oleh najis burung. Terdapat lebih 60 penyakit berjangkit yang boleh disebabkan oleh najis burung (terutamanya najis burung merpati) dan ada di antaranya boleh menyebabkan kematian seperti Ornithosis (Pittacosis) dan Weil, Candidiasis, Cryptococcosis, St. Louis Enchephalitis dan Salmonellosis.

 

Masalah kedua ialah masalah bawaan burung itu sendiri. Contoh yang paling dikenali ialah Penyakit Selsema Burung yang telah mengorbankan ramai orang baru-baru ini.

 

Burung juga menyebabkan masalah pepijat (Bed-Bugs – Cimex Lectularius) atau hama (Chicken Mite – Darmanyssus Gallinea) dan pembiakan parasit (Yellow Meal Worms – Tenebrio Molitor) serta serangga perosak seperti lipas, tikus dan sebagainya.

 

Selain itu, burung menyebabkan masalah kekotoran di kawasan tenggekan dan kerumunan dan pencemaran bau. Tahi burung adalah jenis kotoran berasid dan boleh menyebabkan kerosakan peralatan dan peningkatan kos penyelenggaraan.

 

Pihak berkuasa juga boleh bertindak ke atas lokasi-lokasi yang mempunyai masalah burung dan mungkin tindakan undang-undang akan diambil.

 

Di sesetengah tempat, terdapat binatang pemangsa seperti ular dan lain-lain ditemui mencari makanan di kawasan yang menjadi kawasan pembiakan burung

  

CADANGAN KAWALAN

 

Kami mencadangkan supaya satu kaedah KAWALAN SECARA BERSEPADU DENGAN GABUNGAN BEBERAPA JENIS HALANGAN di lokasi ini.

 

Kawasan Cucur Atap Bumbung

 

  1. Memasang halangan berbentuk jaring (nylon atau besi) di semua kawasan yang dikenalpasti sebagai pintu masuk burung merpati ke dalam bangunan. Jaring yang sedang dipasang haruslah berupaya menutup semua tempat yang berpotensi menjadi laluan masuk burung.
  2. Di kawasan tenggekan seperti rabung, paip air hujan, ‘gutter’ dan ‘ledges’, ‘spike’ besi atau ‘bird wire’ akan dipasang bagi menghalang burung merpati hinggap dan cuba untuk masuk semula ke dalam bangunan.
  3. Memasang penghalang burung berbentuk ‘Spike’ atau   ‘Bird Wire’ di palang besi di atas bumbung bagi mengelakkan burung hinggap dan terus mengotorkan kawasan tersebut.
  4. Sekiranya perlu, gel penghalau burung jenis ‘Coldfeet’ akan digunakan.

PRA-SYARAT KAWALAN BURUNG

 

KEBERSIHAN

 

Sebelum sebarang aktiviti kawalan burung dilaksanakan, kawasan tersebut hendaklah dipastikan BERSIH SEPENUHNYAdaripada najis burung atau petanda-petanda lain yang boleh menarik semula burung ke tempat tersebut.

 

Sarang burung, anak-anak burung, bangkai burung, najis burung dan bau burung perlu dipastikan telah dibersihkan sepenuhnya. Begitu juga kawasan perlu dibersihkan dari punca-punca makanan, sampah, ranting kayu, daun-daun dan apa-apa saja yang boleh menyebabkan burung kembali semula ke lokasi terebut.

 

Perlulah dijelaskan disini, pembersihan rutin yang dilaksanakan MUNGKINbelum mencukupi untuk dikategorikan sebagai BERSIH SEPENUHNYA.Pihak kami bersedia untuk memberi khidmat nasihat sehingga pihak pembersihan menepati kehendak kebersihan yang diperlukan.

Categories: Buletin