Arkib

Archive for Julai 2008

AWAS DENGGI

Denggi

 Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

 Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

·         Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

·         Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 – 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).

·         Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

·         Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.

·         Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

 Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

 Apakah penyebab demam denggi?

 Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?
 Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

  • Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
  • Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.

Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?

 Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.

 Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia – iaitu 2/5 penduduk dunia – sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih

Apakah gejala denggi?
  Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

 Demam Denggi

 Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

·         Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.

·         Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

·         Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

·         Kadar kematian amat rendah.

·         Demam Denggi Berdarah.

·         Sindrom Renjatan Denggi.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

·         Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan.

·         Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

·         Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

·         Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.

·         Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

·         Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

·         Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.

·         Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

 Sindrom Renjatan Denggi

 Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 – 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.

 Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

 Komplikasi demam denggi ialah:

  • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
  • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis – mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
  • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi

 

 

Rawatan termasuk:

  • Meningkatkan pengambilan cecair.
  • Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Rawatan farmakologi

 Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.

 Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

 Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:

  • Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.
  • Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
  • Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.

Apakah prognosis bagi demam denggi?

 Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.

 Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

 

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?
 Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

 Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

·         Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

·         Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

·         Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.

·         Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.

·         Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

Categories: Buletin

LINDUNGI KEDIAMAN ANDA DARIPADA MAKHLUK PEROSAK

Categories: Pelbagai

KAWALAN LALAT RUMAH (musca domestica) DI KAWASAN LADANG TERNAKAN AYAM

 

KAWALAN LALAT RUMAH (musca domestica) DI KAWASAN LADANG TERNAKAN AYAM

Oleh

Dr Hamdan Ahmad

Pengenalan

Lalat rumah atau musco domestica daripada kelas Insecta merupakan serangga cosmopolitan dan didapti sangat berkait rapat dengan aktiviti manusia. Seperti di lain-lain Negara penyebaran lalat rumah adalah sangat luas dan boleh didapati dengan banyaknya di kawasan penternakan seperti ternakan ayam, ladang lembu tenusu dan pedaging, kawasan tanaman sayur dan juga kawasan buangan sampah.

Kitaran hidup lalat rumah melibatkan empat peringkat iaitu peringkat telur, larva, pupa atau kepompong dan lalat dewasa. Cuaca yang panas dan lembap merupakan keadaan yang sangat sesuai untuk pembiakan lalat rumah. Biasanya masa untuk satu kitaran hidup lalat adalah antara tujuh hingga sepuloh hari.

Telur lalat berwarna putih dengan panjang 1.2mm. Seekor lalat betina boleh menghasilkan sehingga 500 biji telur dalam tempoh masa empat hingga lima hari. Telur ini akan menetas menjadi larva dalam tempoh antara 8 hingga 20 jam.

Saiz larva adalah 3 hingga 9mm berwarna putih kekuningan. Pada peringkat ini larva akan makan ditempat pembiakan atau najis ayam sebelum bertukar menjadi kepompong yang berwarna coklat kehitaman.

Lalat rumah akan menetas daripada kepompong menjadi lalat dewasa. Pada kebiasaannya lalat dewasa akan terbang antara 1 hingga 2 km tetapi lalat dewasa ini juga boleh terbang hingga 20km. Lalat dewasa biasanya hidup selama 15 hingga 25 hari. Lalat ini tidak aktif pada waktu malam dan biasanya akan hinggap di dinding atau siling rumah, di dahan-dahan kayu atau kandang ternakan.

Populasi lalat rumah yang banyak akan menyebabkan gangguan kepada manusia, ia juga boleh menjadi agen pembawa penyakit kepada manusia seperti penyakit yang disebabkan oleh bacteria atau virus.

Didalam perancangan sesuatu program kawalan lalat rumah adalah penting untuk mengetahui kepadatan atau populasi lalat disesuatu tempat sebelum kawalan dapat dilakukan. Dengan adanya maklumat berkaitan populasi tersebut maka keberkesanan kawalan yang dibuat dapat dinilai.

Beberapa method boleh digunakan untuk mengetahui populasi lalat antaranya secara matakasar melihat kepada bilangan lalat dewasa atau peringkat larva ditempatkan pembiakan seperti dibawah reban. Cara lain adalah dengan mengira jumlah lalat pada umpan (baits) yang diletakkan di suatu tempat, kiraan lalat pada sesuatu permukaan menggunakan perangkap seperti baited traps, sticky traps, light traps, sticky fly ribbon, spots cards dan Scudder Grill method.

Fly Index Untuk Kawalan Lalat Rumah

Berikut adalah fly index yang boleh digunakan sebagai panduan untuk mengawal lalat rumah disuatu tempat. Pengiraan ini dibuat menggunakan kaedah scudder grill dimana suatu peralatan grill diletakkan di kawasan yang banyak terdapat lalat seprti di bawah reban atau sebagainya. Lalat yang hinggap pada grill tersebut dalam tempoh 30 saat akan dikira bilangannya. Sekiranya bilangan lalat disesuatu tempat melebihi index yang ditetapkan maka bilangan atau populasi lalat ditempat tersebut dikira banyak dan perlu dikawal.

Tempat/lokasi Bilangan lalat rumah(ekor)

 

Tempat buangan sampah 20

Ladang ternakan ayam 14

Kebun sayur 14

Ladang ternakan lembu 12

Pasar 9

Kawasan kilang pemprosesan makanan 8

Restoran 5

Kaedah-Kaedah Kawalan Lalat Rumah

Kawalan lalat yang efektif dan ekonomik bergantung kepada pengurusan ladang yang baik. Kawasan pembiakan lalat termasuklah najis ayam dan juga kawasan tumpahan makanan perlu diperiksa setiap minggu dan kawalan serangga dilakukan bila perlu.

Aktiviti penternakan ayam terutama sistem reban terbuka, lalat rumah merupakan satu masalah yang perlu diatasi dengan segera, ini adalah kerana kawasan ladang merupakan kawasan yang sesuai untuk pembiakan lalat disamping kepadatan lalat di kawasan ladang adlah sangat tinggi. Tahap kepadatan lalat rumah bergantung kepada banyak faktor antaranya penggunaan atau terdapatnya agen kawalan secara biologi seperti sejenis tebuan, populasi ternakan disesuatu lokasi kerana bialngan yang banyak akan menyumbangkan kepada tempat pembiakan lalat.

Dengan kepadatan pembangunan menyebabkan ladang-ladang ayam terletak berhampiran dengan penempatan. Ini menyebabkan kawalan terhadap lalat rumah di kawasan ladang menjadi lebih penting.

Lalat rumah dapat membiak di kawasan najis ternakan dan sisa-sisa makanan yang tumpah di kawasan reban ayam. Di ladang-ladang ayam terutamanya ayam penelur dimana ayam disimpan didalam sangkar dalam jangkamasa yang lama menyebabkan berlakunya pengumpulan najis di bawah sangkar. Keadaan ini adalah sangat sesuai untuk pembiakan lalat terutama bila najis menjadi lembap.

Kesesuaian racun serangga yang boleh dan berkesan untuk digunakan adalah terhad. Ini adalah kerana kos untuk menghasilkan sesuatu racun serangga adalah sangat tinggi dan kadar pembentukan resistant pula juga tinggi jika digunakan dengan betul.

Kawalan lalat yang berkesan memerlukan perancangan teliti dan melibatkan 5 peringkat iaitu:

 

1. Identifikasi lalat rumah – Tujuan kaedah ini dilakukan adalah untuk memastikan masalah yang dihadapi adalah disebabkan oleh lalat rumah dan kawalan berkaitan boleh dilakukan

 

2. Pemeriksaan yang melibatkan mengenalpasti lokasi pembiakan lalat dan larva. Pemeriksaan ini boleh dilakukan di waktu malam kerana biasanya lalat rumah akan berehat di kawasan berhampiran sumber makanan dan kawasan pembiakan larva.

 

3. Program sanitasi dimana tempat pembiakan larva dibersihkan dan dibuang untuk memastikan sampah sarap dan najis ternakan yang menjadi tempat pembiakan lalat dibersihkan. Kawalan juga boleh dilakukan dengan cara menguruskan najis dengan betul dimana najis dikeringkan atau dibersihkan daripada kawasan reban lebih kerap. Cara lain ialah menempatakn najis disesuatu tempat lain jauh daripada reban “conveyor belt” Cara-cara untuk memastikan najis sentiasa dalam keadaan kering adalah :

 

a. Elakkan air minuman meleleh atau melimpah ke bawah reban

 

b. Elakkan air hujan, longkang mengalir ke kawasan reban

 

c. Tingkatkan kadar ventilasi di kawasan reban

 

d. Suhu reban mestilah tidak terlalu panas untuk mengelakkan ayam banyak minum dan najis alan lebih keras.

 

4. Kawalan mekanikal yang melibatkan kawasan reban ditutup rapat untuk mengelakkan pergerakan dan pembiakan lalat dengan bebas seperti system penternakan ayam secara reban tertutup.

 

5. Kawalan lalat secara menggunakan bahan kimia racun serangga secara biological, perangkap alalt atau secara integrasi antara bahan kimia, perangkap alalt dan diikuti dengan penggunaan tebuan di dalam kaedah secara biological.

Kaedah biological

 

Di dalam penternakan ayam pembuangan najis seminggu sekali adalah tidak praktikal, kaedah lain kawalan lalat rumah adalah penggunaan sejenis tebuan atau juga dinamakan parasitoid. Tebuan betina akan bertelur di dalam pupa atau kepompong lalat rumah dan membesar didalamnya dengan memakan pupa tersebut. Dengan cara ini lalat rumah tidak dapat melengkapkan kitaran hidupnya dan sekiranya jumlah tebuan ini dilepaskan di kawasan reban dengan jumlah yang banyak maka populasi lalat rumah dapat dikawal bukan sahaja di dalam reban tetapi juga di kawasan sekitarnya. Tebuan ini juga hanya memberi kesan kepada lalat rumah dan tidak menyengat manusia atau pun ternakan. Kebaikan penggunaan kawalan cara ini adalah mudah digunakan disamping tidak mencemar alam sekitar. Selain daripada itu masalah pembentukan resistant tidak akan berlaku dalam kaedah ini. Contoh parasitoid untuk mengawal lalat rumah adalah Splangia spp.

 

Kaedah Insecticides atau Bahan Kimia

Residual dan bait sprays digunakan dengan cara menyembur racun serangga di kawasan tempat lalat hinggap untuk membunuh lalat dewasa. Penggunaan residual sprays yang berpanjangan tanpa kawalan yang betul akan menyebabkan berlakunya insecticide resistant. Selain daripada itu penggunaan sprays ini juga akan membunuh serangga lain seperti tebuan yang menjadi musuh semulajadi lalat rumah. Contoh residual sprays adalah Permethrin dimana penggunaanya dengan cara sprays insecticide tersebut dipermukaan dinding atau siling tempat lalat selalu hinggap. Racun serangga ini boleh berfungsi selama 2 minggu untuk membunuh lalat selepas disembur.

Larvicide sprays adalah salah satu cara mengawal lalat dan berkesan membunuh lalat peringkat larva. Penggunaan tanpa kawalan akan menyebabkan berlaku resistant. Contohnya adalah Cygon (dimethoate) dimana racun serangga ini dispray pada najis ayam menjadi tempat pembiakan lalat. Larvicide ini perlu disembur setiap 7 – 10 hari untuk memastikan keberkesannya.

Space spray dimana insecticide yang mempunyai kesan yang sangat cepat membunuh lalat rumah tetapi tidak mempunyai residue. Kaedah ini sangat sesuai untuk mengawal lalat di kawasan yang populasinya sangat tinggi. Contohnya ialah syntetic pyrethroids tetapi penggunaanya perlu dikawal untuk mengelakkan resistant. Penggunaan alat spray khas diwaktu pagi akan menghasilkan partikal aerosol yang halus dan terampai lebih lama di udara dapat membantu keberkesanan pengunaan kaedah space spray ini kerana ianya memberi lebih masa untuk racun serangga ini terkena pada lalat seterusnya membunuh lalat berkenaan.

Penggunaan baits samada dalam bentuk basah atau kering seperti methomyl atau trichlorfon. Baits ini bertindak dengan cara meransang lalat memakannya dan seterusnya membunuh lalat tersebut kerana bait ini mengandungi racun serangga. Biasanya baits diletakkan di kawasan pembiakan lalat atau di tempat dimana terdapat banyak populasi lalat.

Insecticide resistant biasanya terjadi akibat daripada penggunaan racun serangga yang sama atau dalam kumpulan yang sama untuk satu tempoh yang lama. Keadaan ini terjadi akibat daripada keupayaan populasi lalat untuk terus hidup walaupun telah terdedah kepada insecticide. Lalat ini akan menghasilkan anak yang dapat bertahan dengan racun serangga yang digunakan tersebut sehinggalah insecticide tersebut tidak akan memberi apa-apa kesan pada populasi seterusnya.

Kesimpulan

Di dalam merancang sesuatu program kawalan lalat rumah kaedah yang paling berkesan adalah dengan cara mengintegrate ketiga-tiga kaedah kawalan yang meliputi aspek kebersihan dan pengurusan sisa ternakan, diikuti dengan penggunaan racun serangga untuk mengurangkan populasi lalat di kawasan kandang dan akhirnya menggunakan kaedah parasitoid untuk memastikan populasi lalat berada pada tahap yang rendah.

 

Categories: Pelbagai